Tuesday, November 2, 2010

Cip penguatkuasa menerangkan sesuatu kepada En.Nasrul tentang tugasan yang perlu di laksanakan.

Rumah Terbuka PDSB 2009

Persiapan Rumah Terbuka PDSB 2009


Tambah kapsyen
Tambah kapsyen

Ada bakat... En.Asri dan En.Azlan (baju hijau) sibuk menyiapkan persiapan sambil di perhatikan Pn.Norhayati dan Pn.Ruhizan.

Bekerjasama... sibuk menghias gerai Unit Penguatkuasaan.
Dari kiri: En.Tilal, En.Azlan, En.Asri dan En.Nasrul (atas tangga).


Inilah gerai Unit Penguatkuasaan hasil kreativiti semua anggota terlibat.

Setelah kepenatan berkerja keras tiba masa untuk berehat. Kelihatan En.Sarip dari unit khidmat pengurusan (KP) sedang menyediakan minuman untuk kakitangan PDSB.

Monday, November 1, 2010

Berwajah Baru

Inilah pejabat lama penguatkuasa PDSB. Pejabat ini menempatkan lapan anggota penguatkuasa N-17, dua penolong pegawai tanah NT-17  dan seorang penolong pegawai tanah NT -27.

Pejabat baru Unit Penguatkuasa.

( 1 )

( 2 )
( 3 )
Gambar 1,2,3 menunjukkan pejabat baru unit teknikal dan penguatkuasaan PDSB. Yang terdiri daripada.

En. Mohd Syamil B. Saiful Bahari - (Penolong Pegawai Daerah M-41)
En. Romaizar B. Mohd Nasuha - (Penolong Pegawai Tanah NT-27)
En. Mohd Najib B. Mohd Aris - (Penolong Pegawai Tanah NT-17)
En. Mohamad Shahril B. Tajul Ariff - (Penolong Pegawai Tanah NT-17)
En. Nasrul Hakim B. Mukri - (Penguatkuasa N-17)
En. Azlan B. Misri - (Penguatkuasa N-17)
En. Asri B. Noordin - (Penguatkuasa N-17)
En. Tilal Fitri B. Abdul Rani - (Penguatkuasa N-17)
Pn. Norhayati Bt. Saimon - (Penguatkuasa N-17)
En. Ahmad Mustakim B. Ngali - (Penguatkuasa N-17)
En. Khairun Najib B. Ramli - (Penguatkuasa N-17)
En. Mohd Muzaffar B. Taib - (Penguatkuasa N-17)

Kebakaran Hutan Paya Gambut Sungai Panjang

Tiga orang anggota penguatkuasa mengiringi seorang penolong pegawai tanah untuk meninjau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

Pegawai-pegawai PDSB menuju keluar setelah tamat meninjau lokasi kebakaran. Tiada sebarang tangkapan mahupun kemalangan jiwa di laporkan. Siasatan sedang di jalankan untuk memastikan punca kejadian.

Anggota Penguatkuasa PDSB

Antara anggota penguatkuasa PDSB yang terlibat memerhatikan sesuatu di lokasi.
Dari kiri En. Mustakim, En. Azlan dan En. Nasrul.

En. Azlan dan En.Amra pembantu Tuan D.O menyatakan sesuatu sewaktu tiba di lokasi yang di tetapkan.

Tuan D.O turun padang

Tuan D.O Hj Marzuki meninjau kerja-kerja yang sedang di jalankan bersama-sama anggota penguatkuasa PDSB, Polis, pegawai penguatkuasa MDSB dan juga pegawai Veterinar shah alam dan sabak bernam. Lokasi di sungai lang sabak bernam

Dua pegawai veterinar shah alam  sedang memeriksa peralatan yang akan  di gunakan. 

Anggota-anggota jabatan veterinar sabak bernam sedang melakukan tangkapan lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan tersebut. Makluman aduan dari penduduk kampung mengatakan lembu-lembu tersebut di biarkan berkeliaran tanpa di ikat yang boleh membahayakan nyawa penduduk.


Friday, October 22, 2010

Pencerobohan Tanah Kerajaan


Suasana di lokasi pencerobohan tanah milik kerajaan di hutan simpan sungai panjang. Di lokasi terdapat kesan pencerobohan berlaku namun tiada sebarang tangkapan yang di lakukan. Kami menerima aduan dari penduduk kampung yang menyedari pencerobohan berlaku di situ.

Jamuan Makan Bersama EXCO YB Yaakob Sapari

Majlis jamuan hari raya 2010 bersama exco YB Yaakob Sapari di ruang legar Dewan Annex shah alam. Di antara anggota penguatkuasa PDSB yang hadir 
Dari kiri: En.Najib, En.Asri, En.Mustakim, En.Azlan dan En.Khairun Najib

Pencerobohan Tanah Kerajaan

En.Mustakim sedang memeriksa sebuah exkevator di lokasi pencerobohan. Lokasi di changkat menteri sungai panjang.

Thursday, October 21, 2010

Wednesday, October 20, 2010

Situasi Ketika Rondaan Di Hutan Paya Gambut Sungai Panjang

Beginilah keadaan pajero yang dipandu En.Azlan yang terbenam di hutan paya gambut  sungai panjang.Walau bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku kepada anggota terlibat.